Pengenalan
A. SEJARAH DAN MOTTO
Topi Segiempat : melambangkan pencapaian yang tertinggi
Tangkai Padi : merupakan hasil utama kaum iban pada masa dahulu.
Kelapa Sawit :Hasil pertanian moden dan merupakan hasil
pendapatan penduduk sekarang
Daun Kelapa Sawit : melambangkan kerajinan dan kesungguhan
anak-anak dalam menimba ilmu seperti buku
Motto : ORANG ULIH KITAI ULIH
Bermaksud, sekiranya orang lain dapat membuat sesuatu pembaharuan untuk
kebaikan kami juga dapat melakukannya dengan adanya kerjasama semua
penduduk.
Sejarah
Asal kampung kami dahulu adalah dari Selangau Mukah.Pada masa itu agak
sukar untuk mendapatkan pekerjaan bagi menyara keluarga dan meneruskan
kehidupan maka terlintas dihati seorang Ketua Iban yang bernama Sabang ak
Bawan untuk mencari penghidupan ditempat lain. Tempat yang diputuskan untuk memulakan kehidupan baru adalah di Kakus Tatau pada tahun 1968 dan menetap di ulu sungai kira-kira 3 hari perjalanan dengan menggunakan perahu kayuh.Untuk turun ke pekan Tatau mengambil masa 1 hari dan terpaksa bermalam memandangkan kampung jauh dari kawasan bandar. Oleh yang demikian sekali lagi ketua kami berniat untuk berpindah dari Kakus Tatau ke Batu Niah pada tahun 1973.Pada masa itu beliau telah dilantik menjadi Tuai Rumah.Kami telah membina sebuah rumah panjang yang berdekatan dengan Sg.Sebatuk dan mempunyai 75 pintu.Kami menetap di sana selama 2 tahun.
Pada tahun 1976,kami terpaksa berpindah untuk mendirikan rumah panjang yang baru kerana mengikut seorang tua yang menjadi ketua Adat Iban bahawa tapak yang sedia ada tidak lagi sesuai untuk didiami maka Tuai Rumah telah menyuruh semua anak buah dan setiap ketua keluarga untuk membina rumah mengikut tanah lot masing-masing.Kami hidup seperti setinggan selama 14 tahun, Kerana kebiasaannya yang hidup bersama-sama dan riuh rendah keadaan seperti itu amat tidak selesa.
Pada tahun 1987 seorang lagi tuai rumah telah dilantik memandangkan anak buah yang semakin bertambah. Tuai Rumah yang pertama adalah Rotor Ak Itut.Beliau memegang jawwatan tuai rumah selama 3 tahun.Kampung kami amat maju dibawah pimpinan beliau. Tidak berapa lama kemudian pihak kerajaan telah mengesyorkan bahawa seorang ketua kampung mestilah seorang yang boleh menguasai 3M (Membaca,menulis dan mengira).Atas sebab itu maka Rotor ak Itut terpaksa meletakkan jawatan bagi member laluan kepada calon yang boleh membaca dan menulis. Tempat Rotor Ak Itut telah digantikan oleh Bauu Ak Manggang,iaitu anak buahnya sendiri pada tahun 1989.
Tahun demi tahun kehidupan dan ekonomi berkembang dengan baik.Pergaulan dengan pihak luar juga semakin meluas. Ramai tetamu yang terdiri daripada pihak kerajaan datang bertandang meninjau masalah penduduk luar bandar.Memandangkan pembangunan yang semakin pesat dengan bilangan penduduk yang semakin ramai maka Baau Ak Manggang telah dinaikkan jawatannya kepada Ketua Masyarakat. Sekali lagi jawatan Tuai Rumah kosong dan calon baru perlu dilantik. Selan Ak Undau telah dipilih untuk menggantikan jawatan Tuai Rumah memandangkan beliau memiliki semua keteria yang diperlukan.Selan Ak Undau seorang yang kaya dengan pengalaman dan berkebolehan dan dibawah kepimpinannya kampung kami semakin maju baik dari segi ekonomi,pertanian dan pendidikkan.Selan ak Undau terus mentadbir rumah panjang kami sehingga kini.
Rumah Panjang akan dikenali dengan nama Tuai Rumahnya dan ianya telah berlaku sejak sekian lama dan telah menjadi amalan turun temuru.Apabila bertukar tampuk pemerintahannya maka bertukarlah nama rumah panjang tersebut.
B. PELAN SUSUN ATUR KAMPUNG
Nama Kampung Induk / JKKK : Rh. Selan ak Undau
No. Telefon : 019-8685341 / 013-5686903
No. Faks :
Alamat Website :
Alamat Email :
Alamat surat menyurat : Rh. Selan ak Undau, Sg Sebatuk Skim Sepupok Niah
Poskod : 98200 Niah
Kampung Rangkaian 1 :
Kampung Rangkaian 2 :
Kampung Rangkaian 3 :
Kampung Rangkaian 4 :
Kampung Rangkaian 5 :
Pelan Lokasi:
Leave a Reply
air buaya Ekonomi kemudahan kerajaan kolam pekan Pendidikan Sekolah tangkap
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
