Pengenalan
![]()
B. SEJARAH DAN MOTTO
MOTTO : ARAM NITIH KE PEMANSANG DUNYA
Bermaksud semua lapisan penduduk bersatu padu dan bergerak selaras dengan perpaduan dalam mencapai kemajuan untuk menuju wawasan
MAKSUD MOTTO
Kelapa Sawit dan benih sawit : Salah satu hasil tanaman yang menyumbangkan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk kampung
Padi : Salah satu hasil tanaman yang utama dan penting untuk meneruskan kehidupan seharian dari dulu sehingga sekarang
Pensil dan Sijil : Melambangkan bertapa pentingnya aspek pendidikan kepada semua lapisan penduduk terutamanya generasi muda sebagai pelapis masa depan yang efisyen
Orang- orang : Melambangkan perpaduan antara penduduk kampung dalam menuju aras pembangunan masyarakat yang bermoral efektif dalam semua aspek
Simbol lelaki, perempuan dan salib : Melambangkan lelaki dan perempuan seiring bersama dalam perpaduan berlandaskan agama dan undang-undang.
SEJARAH
Lokasi rumah panjang sekarang ini, dibuka dan dibangunkan oleh Tuai Rumah Sabang pada awal tahun 1973. Buat pertama kali, beliau membawa penghuni-penghuni rumah panjang berpindah dari Selangau, Mukah. Selepas itu, beliau membawa penghuni –penghuni berpindah ke Kakus, Tatau dan juga ke Batu 6, di Sekaloh, Niah adalah tempat ke-3 perpindahan berlaku di kalangan masyarakat Rumah Sabang. Dan yang terakhir sekali, mesyarakat rumah ini berpindah ke Skim Sepupuk, Niah. Perpindahan ini berlaku atas sebab mencari tanah untuk bercucuk tanam serta tempat tinggal untuk menyara hidup keluarga masing-masing.
Pada masa itu, rumah ini hanya mempunyai 8 ruang bilik yang dihuni seramai 48 orang sahaja. Lokasinya terletak 11km (kilometer) dari Pekan Niah. (4km dari Pekan Niah ialah jalan bertar, manakala 7km lagi jalan pembalakan.
Senarai- senarai Tuai Rumah yang memimpin rumah panjang ini ialah:
Ø Tuai Rumah Sabang – (1973-1995)
Ø Tuai Rumah Ngindang – (1995- sampai sekarang)
Hasil perhatian Tuai Rumah sekarang Tuai Rumah Ngindang maka terbentuklah JKKK ini yang didaftarkan pada 1995 dihadapan SAO William Nyalau. Sehingga kini, banyak kemajuan yang telah dikecapi oleh penghuninya. Salah satunya ialah jalan pembalakan yang dahulunya sepanjang 7km yang dahulunya sukar dilalui kereta tetapi kini bertukar wajah dari tanah liat ke batu-batu kecil yang menghubungkan Pekan Niah dengan rumah panjang.
C. PELAN SUSUN ATUR KAMPUNG
Nama Kampung Induk/ JKKK: Rumah Ngindang
No. Telefon : 019-8462443
No. Faks :
Alamat Website :
Alamat Email :
Alamat Surat-menyurat : Tuai Rumah Ngindang,Skim sepupuk,
Sg. Sebatok, Niah, Miri, Sarawak
Poskod :98200
Pelan Kampung:
Leave a Reply
air buaya Ekonomi kemudahan kerajaan kolam pekan Pendidikan Sekolah tangkap
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
