Perutusan Ketua Kampung
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
Salam sejahtera .Saya Tuai Rumah Micheal Balo ak Jaul mengucapkan selamat datang kerumah Panjang Micheal Balo Skim Sepupok Niah. Saya telah dipilih menjadi Tuai Rumah pada tahun 1994 dan telah menerima sijil perlantikkan sebagai pengerusi JKKK Rh.Panjang pada tahun 07.05.1999. Pada tahun 1997 saya juga telah dipilih menjadi ketua cawangan SNAP atau lebih dikenali sekarang sebagai SPDP di Skim Sepupok selama 7 penggal. Saya juga pernah menjadi Kaunselor bermula pada tahun 1998 hingga 2002. Setelah itu saya telah dipilih sebagai ketua Pusat Batu Niah .Pada tahun 2003 hingga sekarang. Pada tahun 2007 saya telah dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Tuai Rumah (55 buah Rumah Panjang) di Kawasan Niah hingga sekarang
Disini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada badan – badan kerajaan dan ketua-ketua Parti atas lantikkan yang telah saya terima selama ini dan juga pembangunan yang telah kerajaan beri kepada penduduk-penduduk rumah panjang saya.
Ucapan terima kasih juga saya berikan kepada Pihak KEMAS yang telah bertungkus lumus dan tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada kami penduduk di Rh. Panjang Micheal Balo ini. Atas usaha mereka dan juga kerjasama dari penduduk maka Profail Kampung ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Akhir kata, semoga apa yang disaran oleh Kerajaan dapat kami ikuti seiring dengan pembangunan yang semakin meningkat maju dari masa ke semasa.
Sekian,terima kasih.
……………………………
(TR MICHEAL BALO)
Ketua Kaum Rh Micheal Balo
Ulu Semelau Batu Niah
Leave a Reply
air buaya Ekonomi kemudahan kerajaan kolam pekan Pendidikan Sekolah tangkap
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
