Perutusan Ketua Kampung
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur dipanjatkan kehadrat allah kerana dengan limpah dan kurnianya maka dapatlah disiapkan profail Kampung,Kampung Pejuang Kelulit.
Saya En. Hamdan Bin Hj. Taha selaku Ketua Kaum mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak KEMAS khasnya atas usaha membantu kami untuk menghasilkan profail kampong juga kepada semua yang terlibat dalam penyiapan profail ini. Saya telah dilantik memegang jawatan ketua kaum ini pada tahun 2000 dan telah mendapat tauliah pada 2007.Selain itu juga saya memegang jawatan sebagai pengerusi Biro Agama JKKK Kpg.Pejuang Kelulit. Selain itu saya juga pernah menyertai RELA dan telah pun bersara.
Saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah banyak membantu dalam menyediakan kemudahan dan pembangunan kepada kampung kami agar kami dapat bersama-sama merasakan nikmat pembangunan yang dirancang oleh kerajaan.Dengan adanya profail kampung ini saya berharap agar lebih banyak projek dapat dijana kekampung kami supaya ianya terus berkembang maju daripada semua segi.
Harapan saya agar bengkel yang serupa seperti ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa agar pembangunan sesebuah kampong dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel PTPK kali ini.
Sekian,terima kasih.
Yang benar,
…………………………….
(HAMDAN BIN HJ.TAHA)
Ketua Kaum,
Kampung Pejuang,Kelulit.
Leave a Reply
air buaya Ekonomi kemudahan kerajaan kolam pekan Pendidikan Sekolah tangkap
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
