Pengenalan

A. SEJARAH DAN MOTTO

clip_image002

MOTTO

clip_image001

Sebuah motto yang menceritakan asal-usul kampong yang pada asalnya sebuah perkampungan kecil namun kini meningkat maju dengan semangat perpaduan penduduk dalam usaha mencapai kemajuan seiring dengan budaya yang tetap dikekalkan dari turun temurun.

Maksud Logo :

Petai : Hasil bumi yang menjadi kebanggaan penduduk kampung sebagai penjana ekonomi.

Bulatan : Perpaduan yang dipupuk dikalangan ketua kaum dan penduduk kampung menjadi tiang asas kepada keteguhan dan keutuhan struktur pentadbiran yang teratur dan sistematik.

Segitiga : Keagamaan, social dan ekonomi yang menjadi focus utama dalam mencapai keseimbangan kampung agar lebih berdaya maju sesuai dengan tuntutan semasa yang lebih dinamik.

Warna Merah : Keberanian dan kerukunan semangat penduduk kampung dalam menjaga keselamatan kampung agar suasana kampung lebih teguh, kukuh aman dan selesa.

Warna Biru : Keamanan yang dikecapi dengan budaya dan cara hidup mengikut tradisi yang kekal walaupun tahun berubah.

SEJARAH KAMPUNG

Kawasan Kampung ini pada mulanya ditemui oleh sekumpulan pencari rotan dari

Bandar Miri yang melalui jalan air dengan menggunakan perahu. Dalam perjalanan tersebut, mereka telah dihalang oleh “Bani Sengkuan” atau akar Pokok Sengkuan yang sangat besar. Mereka menggelarkan bani sengkuang itu sebagai “Bekelit” dan dalam bahasa kedayan Kelulit. Selepas penemuan tersebut, kawasan ini diterokai oleh Haji Mohamad. Lama – kelamaan, “Bani Sengkuang atau kelulit itu menjadi sebutan dan wujudlah nama kampung Kelulit dalam bahasa Kedayan yang juga bermaksud akar besar yang melilit. Bilangan penduduk awal yang tinggal di kampung ini seramai enam orang iaitu Hj. Mohamad, Liau Usup sebagai ketua kampung, Liau Ismail, Liau Tujoh, Liau Ujan dan Liau Tawar. Kebanyakan penduduk kampung ini pada waktu itu berasal dari tempat – tempat lain seperti dari Negeri Sabah dan dari Negara Brunei. Mereka berpindah ke kampung ini untuk mencari tempat bercucuk tanam kerana tanah di kawasan ini sesuai untuk tanaman seperti Padi dan Getah. Semua peristiwa tersebut berlaku semasa pemerintah Brooke.

Pada tahun 1969, Ketua Menteri Sarawak, pada waktu itu Abdul Rahman Bin Yaakub telah menukar nama Kelulit kepada Kampung Pejuang Kelulit kerana ramai penduduk dari kampung ini menjadi pejuang bagi menuntut kemerdekaan menentang British.

C.PELAN SUSUN ATUR KAMPUNG

Nama Kampung Induk / JKKK : Kampung Pejuang Kelulit

No. Telefon : 085 – 719002

No. Faks : 085 – 719001

Alamat Website : Tiada

Alamat Email : Tiada

Alamat surat menyurat : Kampung Pejuang Kelulit, 98150 Bekenu, Sibuti

Poskod : 98150

Pelan Lokasi : (Pelan pandu arah ke lokasi kampung dan

pelan susun atur kampung )

*Sila lihat Lampiran

PELAN PANDU ARAH LOKASI KG PEJUANG KELULIT

clip_image003

PELAN SUSUN ATUR KG PEJUANG KELULIT

clip_image005

Leave a Reply

Recent Posts

Sepupok kini jadi pekan mati di Miri

MIRI - Pernah suatu ketika, pekan Sepupok yang terletak di daerah kecil Niah, iaitu kira-kira 100 kilometer...

Water supply needed for SK Rancangan Sepupok

This is a government school and it has never enjoyed treated water supply since its opening decades...

Setiausaha Politik PM tinjau SK Rancangan Sepupok

Rintihan ibu bapa terhadap kedaifaan SK Rancangan Sepupok dan ketiadaan bekalan air bersih sejak...

Tiada Noktah Pelajaran Kita

SIBUTI - Tidak ada tanda noktah kepada pembelajaran persekolahan di Malaysia untuk sampai bila-bila masa,...

Mercy Malaysia Sarawak Chapter Short Mission

A team of 29 volunteers includes four (4) doctors, two (2) dentists, two couples from Belgium and...
Recent Comments
Tahniah kepada anak kampung yang telah berjaya... Ayo...kita mula berbakti sedikit kepada kampung tersayang ini demi menjaga maruah
manah kerja nuan bos... terus ka meh
terus ka nekebang pemansang tu cikgu...ngambi ka bc peda sida k gawa d negeri..TQ
Terima Kasih dan Tahniah diatas usaha anda.Maklumat amat berguna. dari Kota Kinabalu Sabah. Perserta Konvoi Merdeka 2010 " Meny
manah amai blog nuan bro, aku add blog nuan ba link aku...thanks
Tag Cloud

air buaya Ekonomi kemudahan kerajaan kolam pekan Pendidikan Sekolah tangkap

WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.